BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ANJURAN :
MARA Negeri Selangor

DIURUSKAN OLEH :
ANP Solutions (SA0183764-X)

PENGENALAN EKSPO

KENAPA EKSPO PERKAHWINAN BAJET?

Tanggungjawab dalam memberikan kesedaran mengenai pengurusan kewangan keluarga perlulah bermula dari sebelum sesebuah keluarga itu terbentuk. Ini bermakna, pengurusan kewangan keluarga perlulah bermula dari proses perancangan perkahwinan.

Untuk mencapai hasrat ini masyarakat perlu diberi pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sosial yang harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendokong wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang.

Hasrat ini menjadi lebih bermakna kerana perlaksanaan tanggungjawab ini dapat dibantu oleh pihak MARA terutama MARA Negeri Selangor untuk memberikan kesedaran dan peluang untuk masyarakat di Selangor amnya menikmati satu aktiviti di mana kesemua aspek perancangan perkahwinan berhemah ini dapat dikumpulkan dibawah satu bumbung di sepanjang karnival ini berlaku.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan memberi peluang untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk dapat menguruskan perkahwinan mereka dengan lebih meriah lagi. Ini juga adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan Anggerik Mall sebagai sebuah pusat perkembangan kebudayaan Melayu yang tersohor di Malaysia
.

Flyers Promosi

Berikut adalah  Flyers promosi yang akan diedarkan sebanyak 10000 keping di kawasan Shah Alam. Kami akan menambah kuantiti flyers tersebut ke 3000 lagi menjelang hari-hari terakhir sebelum bermulanya ekspo tersebut

0 comments: